Feeds:
Posts
Comments

Satu lagi  program yang di cadang  akan di adakan pada bulan Disember akan datang  adalah program Remaja dan KRT yang akan melibatkan  Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

  • Untuk melahirkan insan cemerlang
  • memupul semangat tanggungjawab
  • memberi pendedahan kepada kerja2 amal dan menguasai kemahiran membantu orang lain
  • meningkatkan semangat cintakan masyarakat danminat menjalankan aktiviti sukarelawan

Program ini disasarkan kepada 40 orang remaja lingkungan usia 10 -17 tahun dan 20 orang sukarelawan 18 – 45 tahun.

CADANGAN TARIKH KEM : 11 dan 12 DISEMBER 2011

TEMPAT : JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA, SEREMBAN

Kepada yang berminat boleh menghubungi  Pengerusi dan AJK KRT untuk mendapatkan borang penyertaan serta maklumat lanjut.

TARIKH : 25 NOVEMBER 2011, JUMAAT

WAKTU : SELEPAS MAGHRIB

TEMPAT : SURAU DESARIA,NILAI

JAMUAN DISEDIAKAN.

Profil Ringkas penceramah: Ustaz Sukki satu nama yang tak asing lagi di Malaysia. Merupakan antara penceramah berprofil tinggi yang masih sudi datang ke Surau Desaria untuk kesekian kalinya.

Selalu ke udara di kaca TV dalam rancangan Tanyalah Ustaz, Anda Musykil, Halaqah dan berbagai lagi. Belia juga telah menghasilkan berbagaipenulisan ilmiah menyentuh segenap isu.

Lawati Blog Ustaz di sini serta laman profil beliau di sini

Sekian lama tak menulis  akhirnya berkesempatan juga  hari nie mencatatkan peristiwa terbaru di Desaria. ( Macam dah lupa plak  camana nak buat posting)

Walau bagaimana pun pada 20 Nov lalu persatuan Penduduk Desaria bersama  KRT Desaria berpeluang meraikan 10 orang dari anak2 kita yang akan berkhatan pada musim cuti ni. Majlis telah di selenggara oleh Puan Ella  and the Gang. Majlis   ini merupakan salah satu cara untuk kita menghidupkan semula tradisi berkhatan  mengikut adat istiadat Melayu  walaupun ia telah diubah suai mengikut  keadaan semasa.

 Majlis bermula dengan “Santapan Diraja” khas untuk anak2  dimana menu istimewanya adalah Ayam Golek di ikuti oleh sesi pembakar semangat dan doa Selamat yang di pimpin oleh Ustaz Norhisham yang juga Setiausaha Persatuan. Antara yang di highlightkan oleh Ustaz Norhisham adalah 10 sifat kejadian  Rasulallah SAW  yang tiada pada manusia lain salah satunya adalah  lahirnya telah sedia dikhatankan .

Berikutnya NYDP Tn Hj Azuddin mengambi tempat menyampai sepatah dua kata  mengalu2 kan anak2 tersebut yang mana menurut beliau,  berkhatan ini merupakan  langkah pertama menuju ke arah  Alam Remaja.  Anak2  tersebut turut  di berikan Cenderahati dalam bentuk kain pelikat dan juga bunga telur  Coklat.

Pasukan BOMBA Nilai turut memeriahkan majlis dengan membuat pancutan air ke pada anak2 tersebut setelah di arak didalam pickup Encik Yus mengelilingi Taman Desaria.

Selamat berkhatan untuk anak2 semua! Posting tentang majlis ini juga boleh dibaca di laman web Pak Tom.dan Blog HAWA

TUMPANG SEKAKI

SEDIA UNTUK SARAPAN

TERIMA KASIH PAKCIK BOMBA

SURAU DESARIA

Pada 2 Julai 2011 yang lalu , barisan  AJK Surau Desaria bagi sesi 2011 -2013 telah dilantik.   Berikut adalah nama2 AJK yang telah dipilih.

  • PENGERUSI :             EN. MOHD FADLI CHE ME   ( Jln 19)
  • TIM PENGERUSI      TN. HJ. ZULKEPLEE AB. HAMID ( Jln 18)
  • SETIAUSAHA             EN. MOHD SALIHIN DAUD ( Jln 24)
  • BENDAHARI                EN. MOHD NASARUDDIN AB. RAHMAN ( Jln 11)
  • AJK            TN. HJ. MULOP MOHD ALOP ( Jln 24)
  •                       EN. MOHD HANIFFA DAUD ( Jln 19)
  •                       EN. MOHD RAZLAN ABDUL HAMID ( Jln 3)
  •                       EN. ZULKIFLI HASSAN  ( Jln 6)
  •                       EN. ELLIAS ISMAIL ( Jln 24)
  •                       EN. MUHAMMAD NADZRI IBRAHIM  ( Jln 9)
  •                       EN. ROSLAN MD ATAN  (Jln 20 )
  •                        EN. MOHD YUSOFF SAID  (Jln 25 )
  •   PEMERIKSA KIRA2        EN. SHAIFUDDIN OTHMAN  ( Jln 2)
  •                                                   EN. SHARGAWI BIN SHUIB  ( Jln 7)

 Disamping itu  beberapa Biro atau LAJNAH  telah di bentuk untuk melicinkan lagi perjalanan pentadbiran dan pengurusan Surau Desaria. Berikut adalah senarai Lajnah dan Ketua –ketuanya : 

  • Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah : En. Mohd. Fadli Che Mi
  • Lajnah Kebajikan dan Ukhuwwah : En. Zulkefli Hassan
  • Lajnah Ekonomi dan Kewangan : En Mohd Nasaruddin Ab. Rahman
  • Lajnah Pembangunan Remaja : En Razlan Abdul Hamid
  • Lajnah Hal Ehwal Wanita : Masih dalam pencarian
  • Lajnah Teknikal Kebersihan dan Keceriaan   : Encik Mohd Haniffa Daud.

ABAH……..

Apa yang abah nak sempena HARI BAPA  ni?

Inilah yang abah nak.

1. Abah nak kereta baru yang boleh dipandu melebihi 250 km /jam!

2. Abah nak melancong keluar Negara setiap kali ada kelapangan

3. Abah nak rumah yang lebih besar dan  ada bilik private untuk Abah sorang

Betul ke ini yang abah nak?  Memang la betul kalau Abah berfikiran singkat dan mementingkan diri.

Tapi abah x la macam tu.  Abah Cuma nak yang macam ni aja.

1. Abah nak anak2 abah menjadi anak2 yang tau menghormati orang tua.

2. Abah nak anak2 abah mendapat segala peluang untuk mempelajari  apa saja yang diminati.

3. Abah nak semua anak2 abah dapat menikmati segala kemudahan yang kawan2 lain nikmati supaya tak terasa left out.

4. Abah nak anak2 abah mendapat yang terbaik dalam segala galanya.

Tapi kenapa   yang abah nak tu semuanya tentang anak2 aje?

Dah nama nya pun ABAH, dan yang berhak untuk ABAH hanyalah anak2 abah……..

SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA KEPADA SEMUA BAPA DI DESARIA….

Jom kita ikuti segala perkembangan di Desaria di Laman Web milik KRT . Telah beroperasi semenjak 2 hari yang lalu dan di kendalikan oleh Encik NOORHISHAM yang juga SU persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria.

 

Aktiviti ini juga turut di anjur bersama oleh Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria.

MAKLUMAT lanjut DARI WARTA DESARIA PAK TOM nampaknya telah di delete kan atau mungkin dah kena GODAM   namun kita tunggukan maklumat dari pihak urusetia tentang pendaftaran, bayaran penyertaan serta hadiah hadiah yang di tawarkan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.