Susulan dari banjir kilat tempohari Persatuan penduduk dan Kebajikan Desaria telah menghulurkan sedikit bantuan kepada ahli2 yang rumah mereka terlibat dalam kejadian tersebut.
YDP, Tuan Haji Yusof , Bendahari En. Eikhmarizal serta Ketua Biro keselamatan En Suffian telah menyerahkan bantuan tersebut pada 21 ogos yang lalu. Apa yang pasti, cuma tiga orang sahaja yang menjadi ahli persatuan penduduk sementara yang lain2 mungkin masih mengambil sikap tunggu dan lihat .
Seruan saya kepada semua penduduk, daftarlah dengan persatuan kerana sahabat2 semua adalah sebahagian dari Penduduk Desaria juga.
Persatuan juga sedang mengusahakan bantuan untuk semua yang terlibat dari pihak kerajaan negeri melalui Ahli Majlis MPN yang memantau kawsan Desaria ini. Walaubagaimanapun hasilnya belum di ketahui lagi.
Menurut kata rakan2 di Jalan Desaria 1 lagi , Semasa pihak berkepentingan ( MPN dan JPS) datang melawat ke tempat kejadian, masing masing cuba menafikan tanggungjawab masing2 terhadap kejadian yang berlaku.
Kalau di lihat dari segi tanggungjawab apabila sesuatu kawasan di bangunkan, pihak pemaju bertanggungjawab memastikan setiap binaan infrastruktur adalah mengikut pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa. Dan apabila siap, setiap kemudahan infrastruktur itu perlu di serahkan kepada pihak yang berwajib untuk di selenggara.
Dalam kes ini, Kolam tahanan air tersebut, sepatutnya di serahkan kepada Pihak Jabatan Perparitan dan Saliran manakala rangkaian jalan dan longkang diserahkan kepada pihak Majlis Perbandaran Nilai.
Walaupun mengaku tidak bertanggung jawab, Pihak MPN dan JPS sebenarnya masih lagi tidak dapat lari dari tanggungjawab mereka jika diteliti dari sudut undang2. Pemaju Nilai 3 pula perlu bertanggungjawab secara terus terhadap kejadian tempohari.
Kalau dilihat dari kesan2 lumpur yang ditinggalkan, limpahan air dari Nilai Utama ( kilang) turut masuk ke kolam takungan tersebut. Sepatutnya setiap kawasan pembangunan mempunyai kolam tahanan air sendiri kerana tiada pemaju yang akan menyediakan kolam tahanan air melebihi keperluan kawasan mereka ia melibatkan peng rizaban tanah yang bernilai.
Sebenarnya rakan2 di Jalan Desaria 1 mempunyai kes yang cukup kuat untuk membuat tuntutan kepada pihak2 berikut atas sebab2 tertentu seperti
1. Pihak Pemaju Nilai 3 – Gagal menyerahkan kolam tahan air kepada pihak JPS dan gagal menyelenggara kolam tahanana sehingga menyebabkan air hujan melimpah keluar.
2. Pihak pemaju Nilai Utama- Gagal atau tidak menyediakan kolam tahanan air yang sempurna dan gagal menyediakan perangkap lumpur dari kawasan pembinaan mereka. serta secara tidak sah mengalirkan air dari kawasan mereka ke saliran yang tidak sepatutnya.
3. Pihak MPN – gagal memantau dan menjalankan kerja2 pembersihan longkang di sepanjang Jalan Desaria 3 bagi membolehkan air dari sekitar jalan 1,2 dan 3 masuk ke kolam takungan Desaria ( aggravete the situation) serta gagal memantau kerja2 di Nilai Utama samada mereka mematuhi pelan2 yang diluluskan atau tidak.
4. Pihak JPS – kegagalan memastikan Pemaju Nilai 3 menyerahkan kolam tahanan air kepada mereka.
Dan antara kos yang boleh di tuntut adalah kerosakan secara terus keatas harta benda, susut nilai keatas harta, kos2 rawatan akibat banjir, serta kos2 yang ditentukan oleh mahkamah ie trauma, dan apa2 lagilah.
Namun demikian proses ini memerlukan ketahanan dari segi mental, kewangan dan memerlukan masa untuk mengumpul fakta2 sebelum sesuatu tuntutan dibuat. Dan apabila proses ini dilakukan secara berkumpulan, ia akan memberi lebih impak kepada tuntutan tersebut.
salam, kenapa bantuan hanya diberi kepada ahli persatuan shj?? kenapa tidak diberi kpd semua yang terlibat atas dasar muhibbah dan persaudaraan sesama islam memandangkan majoriti yang terlibat disitu adalah saudara sesama islam. adakah derma kilat dikutip hanya dari ahli persatuan? maaf sekadar bertanya..
mungkin selepas nie, bantuan kpd rakyat palestin pun persatuan tidak boleh bagi sebab org palestin bukan ahli persatuan.
Dalam isu ini saya lihat Persatuan telah menjalankan ketetapan yang telah diputuskan oleh Ahli2 sendiri dalam salah satu mesyuarat Agung tahunan yang lalu. Iaitu bantuan kewangan hanya untuk ahli2 sahaja. walaupun terdapat sedikit percanggahan antara kehendak ahli2 dengan matlamat asas serta semangat penubuhan persatuan ini, namun Majority rules. Jadi , apa2 keputusan yang dipersetujui majoriti, itu yang diterima pakai.
Memang pun. nak memberi bantuan kepada penduduk Palestine memang Persatuan x boleh selagi tiada persetujuan dari ahli2 yang ada.
Sebab itu dalam isu2 yang melibatkan kepentingan awam, ahli2 persatuan yang perihatin, seharusnya mengusulkan kepada jawatankuasa persatuan supaya satu EGM diadakan untuk membincangkan isu2 tersebut dan jika sokongan untuk mengadakan EGM ini mencapai kuota, Anytime EGM boleh diadakan khas untuk mmembincangkan isu yang ditimbulkan.
Provision ni memang ada dalam perlembagaan persatuan, maknanya Persatuan ni bukan lah sesuatu yang JUMUD tetapi ia boleh disesuaikan mengikut isu dan keadaan.
Cuma seperti yang saya katakan di atas tadi, ia memerlukan ahli2 yang perihatin, peka dengan isu semasa, tahu hak dan tanggungjawab sebagai ahli persatuan serta tahu had dan sempadan persatuan yang di didokongi.
Secara peribadi, saya juga lebih selesa menjadi pemerhati dari menjadi penggerak kepada persatuan. Tapi saya tetap akan memberi sokongan kepada persatuan selagi ia masih lagi berfungsi di Desaria ini.
Tambahan kepada komen awal tadi, bantuan yang diberikan adalah dari wang persatuan dan bukan kutipan derma kilat etc. Sebab itulah sebarang penggunaan wang persatuan, ia perlu mengikut ketetapan mesyuarat agung..
Sekiranya ia merupakan kutipan derma anjuran persatuan, ia dah x menjadi isu lagi sebab tujuan kutipan itu sudah jelas.
terima kasih atas penjelasan. bukan apa. khuatir ia boleh menyebabkan yang bukan ahli terasa lebih jauh dari persatuan. kalau betul sumbangan hadir dari kewangan persatuan, itu tidak menjadi persoalan. tapi jika antara yang menderma itu bukan ahli persatuan, tetapi menderma atas dasar kemanusian, wajarkah bantuan itu disampaikan secara terpilih, sedangkan niat penderma secara keseluruhan. kalau derma sememangnya dikutip dari ahli persatuan shj, nak buat camne, mmg perlembagaan tertulis begitu.
maafkan saya jika menimbulkan isu begini, cuma takut bila ia membabitkan isu amanah.
seperkara lagi, sejauh mana tindakan oleh persatuan selaku org tgh dalam masalah ini dengan pihak berkaitan..utk mengelakkan perkara yang sama dari berulang. untuk makluman, ada ahli persatuan anda duduk disitu..belalah mereka jika anda tidak berniat untuk membela selain 3 org ahli yang dikatakan itu..
p/s: ahli itu semua bayar yuran secara berkala ke?? dgr ada yang dah lama tertangguh..bukanke jika tertangguh dlm jangkamasa tertentu boleh lucut taraf keahlian persatuan???